CHAKOTHI, Pakistan 27 Feb. – Ribuan penduduk Kashmir melarikan diri dari rumah untuk mencari tempat perlindungan di kubu-kubu pertahanan bawah tanah yang tidak lagi digunakan berikutan ketegangan memuncak antara India dan Pakistan hari ini. Tindakan tersebut telah dibuat sebelum kejadian tembak jet pejuang India dan Pakistan yang ditakuti akan mencetuskan konflik habis-habisan. Menurut pihak berkuasa Pakistan, empat orang maut semalam disebabkan tembakan dari garisan genjatan sebelah India.










