Rezeki Mohd.Ali cari barang lusuh - Utusan Malaysia

Rezeki Mohd.Ali cari barang lusuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Status orang kurang upaya (OKU) tidak menghalang Mohd. Ali Abdul Rahman, 47, menggunakan motosikal roda tiga miliknya mencari rezeki di ibu kota demi menyara keluarga.

Seawal pagi dia akan mengelilingi sekitar bandar raya ini mencari barangan lusuh ditempat pusat pengumpulan sampah atau sekitar kawasan perumahan yang boleh dijual.

Antara barangan dicari Mohd. Ali adalah perabot lama dan besi buruk yang boleh dijual di pusat kitar semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia yang tinggal di Projek Perumahan rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Ipoh di sini tidak mahu menjadikan alasan kekurangan dirinya untuk mencari rezeki.

Pendapatan hasil jualan sebanyak RM20 sehari itu dikongsi bersama keluarganya dan meneruskan rutin harian itu demi sesuap nasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini