DUNGUN – Sebagai seorang yang mahir membuat pelbagai jenis kuih-muih dan masakan Melayu, Rahimah Ahmad tidak sekali-kali menjangkakan produk kuih bulan dan kuih bakul menjadikan beliau usahawan kecil-kecilan yang berjaya.
Beliau meraih pendapatan bulanan yang cukup lumayan hasil daripada membuat kuih tradisonal masyarakat Cina itu hingga akhirnya mampu keluar dari senarai penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Barangkali kejayaan Rahimah, 54, sebagai seorang pembuat makanan adalah kerana semangat kerjanya yang tidak pernah lelah mencuba puluhan resepi kuih bulan termasuk di internet selain permintaan masyarakat Melayu sekitar Dungun yang mahu menikmati kuih tersebut yang diyakini halal.
Berbelas resepi dicuba namun Rahimah masih belum menemui resepi yang benar-benar lazat sehinggalah beliau menyertai kelas masakan seorang cef terkenal pada awal 2017 yang turut berkongsi tips dan rahsia untuk menghasilkan kuih bulan yang lazat tanpa mengubah keasliannya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










