RAI. Kira-kira 300 anak yatim dan warga emas diraikan pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Resorts World Genting (RWG) baru-baru ini. Majlis tersebut yang diadakan di Genting Highlands diserikan dengan kehadiran isteri Pengerusi Kumpulan Genting, Puan Sri Cecilia Lim. Pada majlis itu, seramai 11 wakil dari rumah kebajikan terpilih menggaul hidangan tradisi Cina iaitu yee sang. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya persembahan nyanyian, tarian singa dan persembahan kebudayaan Cina.…










