Replika mesin padi jadi tarikan baharu - Utusan Malaysia

Replika mesin padi jadi tarikan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 10 Feb. – Orang ramai yang berkunjung ke Tikam Batu di daerah ini, diharap supaya tidak melepaskan peluang untuk bergambar secara percuma dengan sebuah replika sebenar mesin padi.

Dengan berlatarbelakangkan sawah padi, jentera tersebut sudah pasti mampu menjadi tarikan terbaharu kepada pelancong yang berkunjung ke daerah dan negeri ini.

Malah sehingga kini, lokasi itu menjadi tarikan ramai pengunjung dari Perlis, Pulau Pinang dan Perak yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di atas jentera berkenaan apatah lagi semasa musim cuti persekolahan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan mercu tanda yang dibina Majlis Perbandaran Sungai Petani itu merupakan idea di luar kotak pemikiran.

“Walaupun nampak ringkas, tetapi ia mampu memperkenalkan identiti setempat masyarakat di sini. Justeru, saya berharap agar majlis daerah lain di seluruh Kedah dapat membina replika yang memperkenalkan identiti setempat kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×