Remaja 15 tahun curi motosikal, pecah cermin SUV diberkas polis - Utusan Malaysia

Remaja 15 tahun curi motosikal, pecah cermin SUV diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Tindakan pantas polis berjaya memberkas seorang remaja kurang 24 jam selepas mencuri sebuah motosikal dalam serbuan di sebuah rumah Kampung Seri Sentosa, Sekinchan, semalam. 

Suspek lelaki berusia 15 tahun itu ditahan pukul 5.20 petang menerusi Ops Lejang. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan sebuah motosikal hilang dicuri di sekitar Sekinchan kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lalu. 

Katanya, bertindak hasil maklumat dan risikan pihaknya kemudian telah menahan suspek di hadapan rumah tersebut. 

“Kita turut merampas semula motosikal jenis Demak DJ serta sebuah beg kecil mengandungi wang syiling bernilai RM26,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Kata beliau, siasatan lanjut terhadap suspek turut membongkar satu jenayah dilakukannya iaitu memecahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis jenis Toyota Vellfire yang diletakkan ditepi jalan Bagan, Sekinchan pada 27 Januari lalu.

Nor Azmi menambah, susulan kejadian itu mangsa kerugian RM2, 000 beserta beberapa dokumen penting. 

“Hasil siasatan awal mendapati suspek  melakukan jenayah secara sendirian dengan semakan rekod mendapati tiada jenayah lampau serta negatif dadah. 

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Sekyen 379/ 397 A Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN