Rejim Zionis tolak rancangan UNSC - Utusan Malaysia

Rejim Zionis tolak rancangan UNSC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 14 Feb. – Israel telah memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai bantahannya terhadap rancangan lawatan oleh badan dunia itu ke wilayah Palestin bagi melihat sendiri keadaan terkini di wilayah tersebut.

Kuwait dan beberapa anggota UNSC merancang mengadakan lawatan itu susulan keputusan rejim Zionis mengusir pasukan pemerhati antarabangsa di Hebron, Tebing Barat.

Dalam satu mesyuarat tertutup, Presiden UNSC memaklumkan negara anggota mengenai lawatan tersebut yang dirunding bersama Israel serta Palestin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau memaklumkan Israel menolak lawatan itu. Mereka tidak mahu terima lawatan oleh UNSC,” jelas Duta Kuwait ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mansour al-Otaibi di sini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×