Rakyat disaran tidak beremosi dengan keputusan Bersatu masuk Sabah - Utusan Malaysia

Rakyat disaran tidak beremosi dengan keputusan Bersatu masuk Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Rakyat di negeri Sabah khususnya penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) disarankan untuk tidak beremosi berhubung keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu melebarkan sayapnya ke negeri itu.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya semua pihak diminta untuk memberi fokus dan tumpuan terhadap pembangunan negeri demi kepentingan semua pihak khususnya rakyat di negeri ini.

“Saya sedar akan perasaan penyokong parti dan rakyat Sabah di atas keputusan Bersatu.

“Namun, nasihat saya adalah untuk tidak beremosi dengan keputusan tersebut  dan kita perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk membangunkan negeri ini demi kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Beliau mengulas berhubung pengumuman Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi sidang akhbar pada Jumaat lalu, memaklumkan parti itu akan melebarkan sayapnya ke Sabah.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, pihaknya tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang mahu menubuhkan parti di negeri tersebut.

“Berkenaan dengan kemasukan Bersatu ke Sabah, kami tidak dapat menghalang mereka, atau mana-mana pihak lain untuk perkara itu. 

“Ini kerana, undang-undang kami juga membenarkan parti-parti baru  dibentuk,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN