Raja Perlis serah sumbangan MAIPs di Bangkok - Utusan Malaysia

Raja Perlis serah sumbangan MAIPs di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 7 Feb. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk ‘Tabung Ibnu Sabil’ yang disalurkan melalui pihak Pejabat Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand lewat petang semalam.


Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia di Bangkok, Suzilah Mohd Sidek menerima sumbangan MAIPs bagi kegunaan rakyat Malaysia beragama Islam yang terkandas di Bangkok akibat sakit atau masalah kewangan bernilai THB76,000 (RM10,000) bagi pihak kedutaan.


Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut menyarankan agar pihak Ahli-ahliMajlis dan juga segenap peringkat Pekhidmat MAIPs terus memperkasakan lagi jaringan kerjasama strategiknya dengan agensi-agensi di dalam dan di luar negara bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dan menjayakan segala bentuk program dan perancangan demi kebaikan Ummah di rantau ini.


Tambah baginda lagi, ‘Marilah kita sama-sama bertekad dan berazam semoga MAIPs akan terus mengantarabangsakan organisasi ini, serta menempa lebih banyak kejayaan demi kejayaan di masa-masa yang akan datang, Insyaallah’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×