Pusingan-U Pas luar biasa - Pemuda Amanah - Utusan Malaysia

Pusingan-U Pas luar biasa – Pemuda Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang parti itu akan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika ada parti komponen Pakatan Harapan (PH) melakukan pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan dilihat sebagai pusingan-U luar biasa.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir Mohd. Ithnin berkata, hal itu kerana sokongan tersebut memberi isyarat segala tohmahan dilemparkan Pas kepada pentadbiran Dr. Mahathir sebelum ini tidak betul dan helah politik semata-mata.

“Jika benar sokongan Pas kepada Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH bukan bersifat ‘bohong syarie’, ia bermakna parti itu bersetuju dengan segala dasar kerajaan PH ketika ini.

“Begitupun, jika Pas mengharapkan sokongan tersebut boleh menyelamatkan mereka daripada disiasat rentetan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan audio yang mengundang isu keselamatan negara, hal itu sukar untuk berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi, Takyuddin menjelaskan persetujuan bertulis parti itu hanya draf ikrar menyokong Dr. Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN