Pusat lupus besi buruk jadi 'port' seleweng LPG diserbu - Utusan Malaysia

Pusat lupus besi buruk jadi ‘port’ seleweng LPG diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Taktik licik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang berselidung disebalik pusat pelupusan dan penjualan besi buruk tumpas selepas premis yang terletak di Kampung Melayu Subang, di sini diserbu semalam.

Serbuan yang bermula kira-kira pukul 5 petang itu dilakukan oleh sepasukan pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang curiga dengan kegiatan pusat pelupusan besi buruk terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas menerima aduan tersebut semalam, kita terus menghantar pasukan untuk melakukan siasatan di pusat perlupusan terbabit.

“Hasil pemeriksaan dipremis itu mendapati terdapat kerja-kerja memindahkan gas LPG daripada tong domestik ke silinder gas industri. Susulan itu, kita telah merampas 15 tong LPG berkapasiti 14 kilogram (kg), dua tong  LPG berkapasiti 12 kg dan 60 unit gas silinder industri,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Azman, selain rampasan LPG, pihaknya turut merampas kira-kira 5,000 liter diesel yang dipercayai diesel bersubsidi yang digunakan untuk jentera angkat susun (forklift)  dan lori.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM20,000,”ujarnya.

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati premis itu telah melakukan proses pemindahan gas itu lebih daripada tiga bulan yang lalu.

“Oleh itu, siasatan lanjut sedang kita jalankan bagi mengesan pemilik dan mereka yang terlibat membekalkan barangan kawalan kepada pihak atau individu yang tidak berlesen,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barangan kawalan dengan niat melakukan kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN