BAMAKO 10 Feb.- Puluhan ribu penduduk menyertai perhimpunan yang dianjurkan ketua-ketua agama Islam di Mali untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang dilihat gagal membawa kestabilan setelah negara itu berdepan kucar kacir akibat ancaman pelampau agama. Peserta perhimpunan lelaki berkumpul secara terpisah dengan wanita di dalam stadium yang menempatkan 60,000 tempat duduk itu. Seorang imam berpengaruh, Mahmoud Dicko menyifatkan perhimpunan itu sebagai satu tindakan mencabar kerajaan. “Perhimpunan ini…










