Pukul pemandu teksi, pemandu kereta sapu ditahan - Utusan Malaysia

Pukul pemandu teksi, pemandu kereta sapu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Feb.- Seorang pemandu kereta sapu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dengan pemandu teksi eksekutif di KL Sentral di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berusia 33 tahun dikatakan menyerang lelaki berusia 53 tahun berkenaan sehingga  cedera di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menunggu pelanggan sebelum diserang suspek.

“Kita sedang siasat punca pergaduhan daripada semua sudut termasuk isu peribadi atau isu berebut pelanggan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan bergaduh di tempat awam dan mencederakan dengan niat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN