KUALA LUMPUR 10 Feb.- Seorang pemandu kereta sapu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dengan pemandu teksi eksekutif di KL Sentral di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berusia 33 tahun dikatakan menyerang lelaki berusia 53 tahun berkenaan sehingga cedera di bahagian muka. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menunggu pelanggan sebelum diserang suspek. “Kita sedang…










