PSG tetap menyerang biarpun tanpa Neymar, Cavani - Utusan Malaysia

PSG tetap menyerang biarpun tanpa Neymar, Cavani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER, England 12 Feb. – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menolak andaian ketiadaan Neymar dan Edinson Cavani akan mengubah corak permainan kelab berkenaan dalam aksi pertama 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Old Trafford, awal pagi esok.

Neymer dan Cavani tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana masih belum pulih daripada kecederaan namun Tuchel menegaskan bahawa PSG tetap akan menggunakan corak permainan menyerang bagi memburu kemenangan.

“Sudah tentu, kami kehilangan pemain seperti Neymar dan Edinson di bahagian serangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Neymar adalah pemain utama kami, salah seorang yang terbaik di Eropah namun kami masih mempunyai identiti kami sendiri.

“Kami tidak akan mengubah corak permainan sebenar kami kerana hanya disebabkan ketiadaan dua penyerang berkenaan kerana menyerang sudah sebati dalam DNA kami,” kata Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×