MANCHESTER 13 Feb. – Rekod cemerlang Manchester United di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer akhirnya lebur selepas tumbang 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pertama, peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara hari ini.
PSG mungkin ‘reality check’ sebenar Red Devils di peringkat lebih tinggi selepas juara Perancis itu
menguasai permainan di Old Trafford dan memperoleh gol menerusi Presnel Kimpembe (minit ke-53) serta Kylian Mbappe (m60).
PSG masih mampu menampilkan aksi mantap meskipun beraksi tanpa dua bintang penyerang, Neymar dan Edinson Cavani.
Pengalaman Dani Alves yang beraksi baik di bek kiri bersama Marco Verratti yang cemerlang di bahagian tengah cukup untuk menghukum United.
Lebih malang buat tuan rumah, mereka terpaksa menutup permainan dengan 10 pemain selepas bintang tengah Perancis, Paul Pogba dibuang padang, seminit sebelum tamat perlawanan.
Tugas berat kini menanti anak-anak buah Solskjaer apabila bertandang ke Paris dalam aksi timbal balik, tiga minggu dari sekarang. – AGENSI










