KAJANG – Polis menerima 13 laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bermula hari penamaan calon pada Sabtu lalu hingga hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Sabri Abdullah berkata, daripada kesemua laporan tersebut, tiga kertas siasatan telah dibuka dengan dua daripadanya melibatkan insiden serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman manakala satu laporan lagi berkaitan aktiviti ceramah tanpa permit di…










