PRK Semenyih: 1,115 pegawai, anggota PDRM dikerah - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: 1,115 pegawai, anggota PDRM dikerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH 12 Feb. – Sebanyak 1,115 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang akan dikerah untuk bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 385 anggota bantuan sumber luar juga akan bertugas pada PRK tersebut.

“Sebanyak tiga Public Order Riot Unit (PORU) dan lima platun infantri dari Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) juga dikerah untuk berhadapan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana kita akan mengutamakan aspek keselamatan pengundi dan orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×