PRK DUN Semenyih: Calon BN perlu diterima rakyat - Utusan Malaysia

PRK DUN Semenyih: Calon BN perlu diterima rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu diterima baik rakyat.

Sambil menyamakan proses pemilihan calon sebagai strategi pemasaran produk, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon tersebut juga harus mempunyai rekod baik.

Beliau berkata, tidak ada gunanya meletakkan calon yang dikehendaki oleh parti tetapi tidak diterima oleh pengundi.

“Saya juga tidak akan meletakkan produk atau calon yang telah tamat tempoh, itu satu perkara yang pasti. 

“Dan ‘produk’ tersebut mesti boleh dipasarkan,” katanya seperti dipetik dalam laporan The Star pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA.

Mohamad berkata, beliau akan mengumumkan calon itu dalam masa terdekat.

PRK DUN Semenyih ditetapkan pada 2 Mac depan manakala penamaan calon pula pada 16 Februari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN