Polis terima laporan polis kejadian simbah cat - Utusan Malaysia

Polis terima laporan polis kejadian simbah cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kejadian kereta milik pembantu kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih disimbah cat minyak berhampiran Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Kampung Rinching di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Mercedes Benz E200 milik Rahmad Musa, 55, yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih itu disimbah cat minyak berwarna biru ketika diletakkan di bahu jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdulllah berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut.

“Kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pemilik kenderaan itu sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada tengah malam tadi.

“Kita juga telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya ketika sidang akhbar di IPD Kajang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN