Polis tahan suami isteri, rampas syabu RM108,000 - Utusan Malaysia

Polis tahan suami isteri, rampas syabu RM108,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas dadah dipercayai syabu seberat 2.137 kilogram bernilai RM108,000 dalam satu operasi di Labuan, 5 Februari lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an berkenaan ditahan dalam satu operasi membanteras aktiviti jenayah di sekitar bandar Labuan yang  bermula kira-kira pukul 3.30 petang sehingga pukul 9.30 pagi.

“Semasa operasi berkenaan anggota polis melihat pasangan suami isteri berkenaan berlegar-legar di kawasan pasar dengan membawa dua beg kain.

“Pemeriksaan terhadap beg kain yang dibawa suspek mendapati beberapa bungkusan  yang mengandungi 42 paket lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 2.137 kilogram,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek warga tempatan berkenaan membawa masuk syabu berkenaan daripada Kota Kinabalu dan untuk pasaran di sekitar Labuan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN