Polis tahan jurujual hartanah miliki dadah syabu RM54,000 - Utusan Malaysia

Polis tahan jurujual hartanah miliki dadah syabu RM54,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Polis menahan seorang jurujual hartanah berusia 29 tahun dan merampas dadah dipercayai syabu bernilai lebih RM54,000 dalam satu serbuan di Bandar Sri Sendayan dekat sini Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di hadapan sebuah premis mencuci kereta kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut beliau, lelaki itu ditahan selepas intipan pihak polis mendapati suspek yang menaiki sebuah kereta Toyota Hilux mengambil dan menyerahkan dua paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 20 gram (g).

“Suspek kemudian membawa polis ke rumahnya di Bandar Sri Sendayan yang mana polis telah merampas dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 314.4 g bernilai kira-kira RM54,210,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohamad berkata,  polis turut menyita sebuah Toyota Hilux dan pelbagai jenis barang kemas bernilai lebih RM96,000 daripada suspek.

Kata beliau, ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai tarikh dia ditangkap dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN