MACHANG – Polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja dan merampas 86 kilogram daun ketum, 285 botol ubat batuk dan 45 bungkusan cecair dalam satu serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Pek, di sini kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 9.15 pagi, bertindak atas maklumat orang ramai sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Machang telah menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 54 tahun dalam keadaan yang mencurigakan.…









