BUTTERWORTH 8 Feb. – Polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan Rohingnya berusia 11 tahun yang mahu dikahwinkan oleh bapanya dengan seorang lelaki etnik sama berusia 20 tahun. Kejadian di Taman Senangin, Perai dekat sini itu, disedari selepas polis menerima laporan daripada bekas guru kanak-kanak perempuan berkenaan berhubung perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada malam Rabu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd. Hamid, kanak-kanak perempuan itu…










