Polis kumpul 1.7 juta jual barang rampasan dalam eBay - Utusan Malaysia

Polis kumpul 1.7 juta jual barang rampasan dalam eBay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER, Britain – Jabatan Polis Leicestershire berjaya mengutip lebih 1.7 juta (RM9.13 juta) hasil jualan barang rampasan daripada penjenayah menerusi jualan murah melalui laman web eBay.

Jualan itu menarik perhatian ramai pembeli yang membuat bidaan bagi mendapatkan barangan berjenama, jam tangan mewah, barang kemas termasuk sebuah kapal terbang.

Jabatan polis itu adalah pasukan polis pertama di Britain menggunakan eBay untuk menjual barang rampasan yang dikumpulkan penjenayah hasil pelbagai kegiatan haram dan menyalahi undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laman eBay memberi faedah besar kepada kami dalam menjana pendapatan daripada barangan rampasan yang selama ini terkumpul di dalam stor dan mungkin akan dilupuskan jika disimpan terlalu lama,” kata pegawai polis dari unit jenayah ekonomi, Paul Wenlock.

Jualan terbaharu itu melibatkan but bertatah batu permata jenis Christian Louboutin, jam tangan Breitling dan beberapa barang antik berjumlah £23,000 (RM123,626), sementara sebuah pesawat jenis Zenair Zodiac dijual pada harga £17,200 (RM92,451). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN