SERDANG – Identiti ketiga-tiga mangsa yang maut terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 6.9 Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) di sini petang semalam dikenal pasti sebagai sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka. Sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Anggerik Emas, di Semenyih selepas menghantar seorang lagi ahli keluarga mereka ke stesen pengangkutan awam berhampiran. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)…










