Polis jamin suasana pusat penamaan calon terkawal - Utusan Malaysia

Polis jamin suasana pusat penamaan calon terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 16 Feb. – Polis memberi jaminan Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Utama terkawal.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, pihaknya memulakan tugas sejak pukul enam pagi tadi.

Katanya, kekuatan keseluruhan Polis yang bertugas adalah 1,115 orang.

“Di sekeliling pusat penamaan calon, Dewan Seri Cempaka adalah seramai 733 orang termasuk pegawai dan anggota.

“Situasi terkawal setakat ini. Penyokong-penyokong tanpa sebarang insiden setakat 8.30 pagi tadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN