PMM pupuk minat pelajar terhadap STEM - Utusan Malaysia

PMM pupuk minat pelajar terhadap STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESTARI. Sebanyak 12 kumpulan yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) menyertai Program Your Smart Brain Is Just Right Challenge 2019 (YSBIJRC’19) di Dewan Platinum, PMM, Melaka 
baru-baru ini.

Timbalan Pengarah (Akademik) PMM, Rosita Zainal berkata, program itu dapat mengaplikasi dan mengintegrasi pengetahuan, kemahiran serta nilai pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai STEM.

“Pelajar terlibat boleh menggunakan ilmu ini dengan betul dalam kehidupan seharian mereka bersama masyarakat melalui aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMM, Mohamad Nazri Ismail serta Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer PMM, Intanku Salwa Shamsuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN