KUALA LUMPUR 12 Feb. – Khabar angin mengatakan PKR telah memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disahkan sebagai berita palsu. Sambil menafikan perkara itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin juga memberitahu tidak ada sebarang perbincangan sedemikian diadakan dalam parti berkenaan. “Malah, tiada mesyuarat diadakan malam tadi (sebagaimana didakwa). Khabar angin tetaplah khabar angin,” katanya melalui pesanan aplikasi WhatsApp seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini. Khabar angin mendakwa Azmin telah dipecat daripada PKR telah tular dalam laman media sosial termasuk Facebook dan Twitter, malam tadi. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya