ISTANBUL: Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan nadir bumi antara bidang baharu yang terus diperkukuh dalam hubungan Malaysia dan Turkiye, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Turkiye merupakan rakan strategik utama Malaysia dalam pembangunan industri masa depan khususnya dalam bidang teknologi dron yang berpotensi merancakkan kerjasama merentas pelbagai sektor. Katanya, Turkiye mempunyai kapasiti kukuh dalam industri pertahanan dan pembuatan khususnya…










