CYBERJAYA 27 Feb. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjelaskan, sasaran utama Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) ialah untuk menggalakkan pengakuan sukarela oleh pembayar cukai yang masih belum melaporkan pendapatan diterima di Malaysia dan disimpan di dalam akaun bank luar negara. Ketua Pengarah LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, pembayar cukai tidak perlu khuatir sekiranya pendapatan yang diterima telah dilapor atau dikenakan cukai dan kemudiannya disalurkan ke luar negara, kerana…










