PKBM beri tempoh dua hari buat keputusan - Utusan Malaysia

PKBM beri tempoh dua hari buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat Human Vogaye Sdn. Bhd yang dilantik sebagai pengurus acara perlumbaan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 diberi tempoh sehingga Khamis ini untuk memberi jawapan mengenai kesediaan mereka untuk menganjurkan perlumbaan edisi ke-24 berkenaan.

Perkara tersebut diputuskan pada Mesyuarat Exco Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang berlangsung sebentar tadi.

Sebelum ini, syarikat berkenaan dilaporkan mahu meminda tarikh penganjuran kejohanan atas alasan tempoh yang diberikan tidak mencukupi.

Bagaimanapun PKBM menerusi presidennya, Datuk Abu Samah Abd. Wahab menolak permintaan tersebut kerana sebarang penangguhan tarikh akan menyebabkan LTdL 2019 akan hilang tarikan dari pelumba berkelas dunia di Eropah selain bimbang status hors classe LTdL ditarik balik oleh Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN