PJ Joran tawar RM20,000 kepada kaki pancing - Utusan Malaysia

PJ Joran tawar RM20,000 kepada kaki pancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Kira-kira 900 kaki pancing akan membanjiri Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, dekat di sini bagi merebut hadiah Petaling Jaya Joran 2019 (PJ Joran) berjumlah lebih RM20,000.

Pertandingan yang akan diadakan pada 10 Mac ini merupakan salah satu daripada acara bersempena PJ Car Free Day anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, penganjuran bertujuan mendidik masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan santai selain meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juara pertandingan akan membawa pulang RM5,000 bersama piala manakala naib juara bakal menerima wang tunai sebanyak RM2,000 dan pemenang tempat ketiga (RM1,000).

“Penyertaan program ini diharapkan akan terus meningkat berbanding tahun sebelumnya selain dapat mempromosi Taman Klasik Bandaraya Kelana Jaya sebagai satu destinasi riadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM40.00 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat pada 9 Mac 2019 (Sabtu) bermula jam 1.00 tengah hari hingga 10.00 malam di tapak acara.

Mohd. Azizi berkata, sebanyak 500 kemeja T akan diedar secara percuma kepada peserta terawal selain peserta berpeluang memenangi kira-kira 40 hadiah cabutan bertuah.

“Pertandingan ini ditaja oleh Oishi Green Tea dan Igloo,’’ katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada urusetia kejohanan iaitu Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial & Pelancongan, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ di talian 03-77810178 / 013-2661077/ 013-3052811 atau 012-2846811.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN