Piala Fed: Romania kejutkan pasukan bintang Rep. Czech - Utusan Malaysia

Piala Fed: Romania kejutkan pasukan bintang Rep. Czech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 11 Feb. – Romania mengejutkan pasukan pilihan, Republik Czech 3-2 untuk mara ke separuh akhir kejohanan tenis berpasukan wanita Piala Fed di sini awal hari ini.

Selepas Simona Halep menewaskan Karolina Pliskova 6-4, 5-7, 6-4 untuk mengikat kedudukan 2-2, gandingan Irina Camelia Begu-Monica Niculescu muncul wira Romania apabila mengejutkan pula juara beregu wanita Wimbledon dan Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova-Katerina Siniakova 6-7, 6-4, 6-4 dalam aksi yang hampir memakan masa tiga jam.

Pada separuh akhir April nanti, Romania akan menentang Perancis manakala satu lagi aksi mempertemukan Belarus dan pemenang antara Amerika Syarikat dan Australia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN