MENAMATKAN sesi ujian pramusim dalam kelompok 10 terbaik adalah langkah positif buat pasukan Pertronas Yamaha SRT menjelang perlumbaan musim pertama mereka pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang akan membuka tirai di Litar Losail, Qatar pada Mac depan. Pelumba utamanya, Franco Morbidelli memperoleh data terbaik ketika menguji jentera YZR-M1 apabila menamatkan sesi ujian pertama 2019 di kedudukan kelapan dengan perbezaan 0.902 saat berbanding pelumba Ducati, Danilo Petrucci yang merekodkan catatan terpantas…