Petron lancar kedai online pertama di Shopee - Utusan Malaysia

Petron lancar kedai online pertama di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Petron Malaysia me­lancarkan kedai online pertama mereka di platform e-dagang terkemuka, Shopee yang memiliki lebih daripada 16 juta pengguna di negara ini.

Menerusi pelancaran tersebut, pengguna boleh mendapatkan produk minyak enjin Petron seperti Petron Blaze Racing Fully Synthetic, Petron Blaze Ra­cing Synthetic Blend, dan Petron Blaze Ra­cing Premium Multi-Grade di portal tersebut.

Kedai rasmi Petron di Shopee turut memberi pelanggan akses kepada panduan dan maklumat produk.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, inisiatif tersebut selaras dengan komitmen Petron dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan akses lebih luas dan mudah untuk produknya.

“Pelanggan Petron kini boleh menikmati pengalaman pembelian yang lancar, hanya semak, klik untuk membeli minyak enjin Petron dan mendapat penghantaran produk terus kepada mereka.

“Pembelian online kini sema­kin berkembang dalam kala­ngan pengguna dan mereka boleh yakin dengan keaslian minyak enjin Petron yang ditawarkan di kedai rasmi Petron di Shopee kerana ia dihantar dari pengedar kami yang sah,” katanya dalam ke­nyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Sempena kempen Tahun Baru Cina Petron dan kempen Shopee Khas Untuk Lelaki, Petron Malaysia turut menawarkan bara­ngan percuma untuk sebarang pembelian Petron Blaze Racing Engine Oil.

Setiap pembelian Petron 4L Blaze Racing Fully Synthetic 5W-40 didatangkan bersama pembesar suara bluetooth, manakala pembelian 4L Petron Blaze Racing Synthetic Blend 10W-40 dilengkapi satu set fon telinga tanpa wayar percuma.

Sementara itu, pelang­­g­an­ yang membeli 4L Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade atau 7L Rev-X Premium Multi-Grade 15W40 akan menerima pengecas kereta USB percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×