PUTRAJAYA 12 Feb.- Petisyen pilihan raya mencabar kemenangan Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tasek Gelugor akan diteruskan walaupun penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, terserah kepada mahkamah untuk memutuskan berhubung permohonan yang dikemukakan oleh beliau sendiri. “Kita akan teruskan (petisyen), biarlah mahkamah putuskan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian Bersatu kepada enam bekas Ahli Parlimen UMNO di…