KANGAR 20 Feb. – Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Julia G. Bentley mengadakan lawatan kerja beliau ke negeri Perlis selama dua hari baru-baru ini. Sejurus tiba di negeri ini, beliau menelusuri Sungai Perlis bagi menghayati keindahan alam semulajadi negeri ini dan melihat pemandangan matahari sedang terbenam dengan menaiki bot dari Jeti Kg. Tok Kuning dan turun di Jeti Kastam Kuala Perlis. Selepas itu beliau melawat Masjid Terapung Al Hussain dan…










