'Pesawat dadah' dirampas, 26 ditahan - Utusan Malaysia

‘Pesawat dadah’ dirampas, 26 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO 22 Feb. – Polis Brazil mengumumkan kejayaan mengekang pengedaran dadah terbesar apabila 26 orang ditahan dan beberapa pesawat dirampas dalam operasi rangkaian narkotik yang dilaporkan telah ‘mengangkut’ sembilan tan kokain antara 2017 dan tahun lalu.

Menurut polis, seramai 400 pegawai terlibat dalam operasi tersebut di utara Tocantins.

Pihak berkuasa juga cuba menyekat akaun kira-kira 100 individu dan ahli perniagaan terlibat selain merampas 47 pesawat.

Dadah-dadah itu diangkut menggunakan pesawat dari Bolivia, Colombia atau Venezuela ke Brazil, Eropah serta Amerika Syarikat (AS).

Sumber polis memberitahu, beberapa ladang yang disita memiliki landasan mendarat.

Siasatan yang bermula dua tahun lalu mengesan sekurang-kurangnya 23 penerbangan yang membawa purata masing-masing penerbangan sebanyak 400 kilogram kokain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN