WELLINGTON 10 Feb.- Sebuah pesawat penerbangan Air New Zealand yang dalam perjalanan menuju ke Shanghai dari Auckland terpaksa berpatah balik setelah dilarang daripada mendarat oleh penguatkuasa negara itu. Salah seorang penumpang, Eric Hundman memberitahu New Zealand Herald, kesemua penumpang hanya dimaklumkan juruterbang tentang perkara tersebut setelah lima jam berada di udara. “Kapten memaklumkan kerajaan China tidak memberi kebenaran untuk pesawat itu mendarat dan kerana itu pesawat perlu berpatah…










