ALOR SETAR 15 Feb. – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub diminta agar tidak memperbodoh-bodohkan golongan pesawah apabila menangis teresak-esak di hadapan orang ramai dalam satu majlis di Selangor, semalam, sedangkan tiada tindakan khusus dilakukan pihak kerajaan setakat ini bagi membantu golongan berkenaan. Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman menggesa supaya Salahuddin menghentikan segera ‘lakonan’ tersebut yang disifatkan cuba meraih publisiti, kerana golongan petani dan pesawah bukanlah mudah untuk dipermain-mainkan seperti itu. Menurut beliau, sehingga kini, bukan sahaja pelbagai insentif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya