Perolehan Pos Malaysia RM581.2 juta - Utusan Malaysia

Perolehan Pos Malaysia RM581.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pos Malaysia Bhd. merekodkan perolehan sebanyak RM581.2 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2018, turun 6.4 peratus berbanding RM620.7 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor berkata, ia disebabkan oleh penurunan perolehan perkhidmatan pos susulan kejatuhan jumlah mel sebanyak dua angka dalam jumlah mel.

Katanya, penurunan perolehan juga berikutan perniagaan logistik susulan tamatnya projek besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan juga mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM13.02 juta berbanding RM9.48 juta yang dicatatkan pada suku sama 2017.

“Keadaan operasi kekal mencabar bagi kumpulan Pos Malaysia secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini