KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman tujuh individu yang mencabar keputusan Kementerian Kesihatan mewartakan semua tempat makan sebagai tempat dilarang merokok bermula 1 Januari lalu.
Tarikh tersebut ditetapkan Hakim Datuk Azizah Nawawi ketika pengurusan kes di kamar hakim di sini dengan dihadiri peguam Nasbal Harun yang mewakili individu terbabit serta Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kementerian.
Nasbal ketika ditemui berkata, mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 29 April ini.
Mahkamah sama pada 29 Januari lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan
tujuh individu memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kementerian Kesihatan berhubung larangan tersebut. – UTUSAN ONLINE.











