KUALA LUMPUR 13 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac ini untuk mendengar keputusan permohonan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad bagi membatalkan penyataan pembelaan Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin. KHALID ABDUL SAMAD Penyataan pembelaan itu adalah berkaitan saman Khalid terhadap Wan Asshima dikemukakan pada 13 September tahun lalu berhubung tindakan wanita itu yang merakam, memuat naik dan/atau menerbitkan sebuah video yang mengandungi kata-kata…