Permohonan dalam talian bazar Ramadan bermula esok - Utusan Malaysia

Permohonan dalam talian bazar Ramadan bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Orang ramai boleh memohon permit perniagaan Bazar Ramadan 2019 yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) secara dalam talian bermula esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemohon boleh mengakses permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari di pautan http://elesen.dbkl.gov.my/ebazar.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac ini manakala proses semakan pemohon yang layak oleh DBKL untuk ke proses pengundian akan dilaksanakan bermula 23 Mac depan.

“Pada tahun ini sebanyak 4,330 petak diperuntukkan melibatkan 57 lokasi antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman ( dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke Jalan Melayu), Kampung Sg. Penchala, Jalan Kuching, Jalan Metro Prima dan Jalan Wangsa Delima, “ katanya di sini hari.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran e-bazar ramadan WPKL 2019 yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Tambah Nor Hisham, permohonan bazar yang dianjurkan oleh DBKL itu perlu dilakukan secara individu tanpa melibatkan pihak luar seperti pertubuhan bukan kerajaan atau persatuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN