Perlawanan Liga Super antara Kuala Lumpur, Perak ditunda esok - Utusan Malaysia

Perlawanan Liga Super antara Kuala Lumpur, Perak ditunda esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Permohanan pasukan bola sepak Perak untuk menunda perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan malam esok diluluskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). 

MFL membuat makluman mengenai penundaan perlawanan tersebut dalam satu kenyataan rasminya melalui media sosial Facebook sebentar tadi.

“Perlawanan tersebut akan dipinda ke tarikh yang akan diumumkan kelak selepas mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia 2019,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) merakamkan penghargaan kepada MFL atas penundaan perlawanan tersebut.

“Pafa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), MFL dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di atas pertimbangan dan kelulusan dalam masa yang singkat.

“Pafa ingin menyatakan permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan awal dari pihak Pafa yang menyatakan MFL telah menolak permohonan itu sebelum ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN