Perkampungan terpencil Jepun didiami lebih 350 patung manusia - Utusan Malaysia

Perkampungan terpencil Jepun didiami lebih 350 patung manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU SHIKOKU, Jepun – Sebuah perkampungan terpencil di pulau ini dipenuhi lebih 350 patung manusia bagi menggantikan penduduk kampung yang sudah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain.

Idea membuat anak patung itu timbul apabila Tskukimi Ayana, 67, kembali ke rumahnya di perkampungan Nagoro 16 tahun lalu dan mendapati kampung itu hampir kosong. Apabila bapanya meninggal dunia, dia membuat keputusan untuk menghasilkan patung mirip mendiang bapanya.

“Apabila saya hasilkan patung-patung orang yang sudah meninggal dunia, saya akan teringat kembali saat mereka masih hidup dan sihat. Patung-patung ini umpama anak saya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Patung yang diperbuat daripada barangan terbuang seperti jerami, kain dan pakaian lama diletakkan di dalam kelas-kelas sebuah sekolah yang ditinggalkan, perhentian bas, di sebatang sungai dalam keadaan memancing dan sebagainya.

Patung-patung itu juga telah menjadi tarikan pelancong, menarik pelawat dari seluruh Jepun ke perkampungan terpencil tersebut, malah mendapat perhatian pengarah dokumentari, Fritz Schumann pada 2014. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×