ARAU 6 Feb. – Sejak dilahirkan sehingga berumur belasan tahun, kehidupan tiga warga emas dari Kampung Titi Besi di sini adalah seperti mana remaja lain. Namun semakin meningkat dewasa kehidupan mereka tiba-tiba berubah dan menjadi gelap. Seorang demi seorang yang masing-masing kini berumur 67, 73 dan 79 tahun itu, tidak lagi mampu melihat keindahan dunia selepas mengalami masalah ketumbuhan isi di urat mata sehingga menjadi buta. Sebelum itu, tiga lagi…










