Peritnya kekalahan United - Utusan Malaysia

Peritnya kekalahan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 13 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United sudah tersedar daripada realiti apabila tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pertama 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

 

Solskjaer menerima kekalahan pertamanya selepas 12 perlawanan sebagai jurulatih sementara United dengan kedua-dua gol tersebut dijaringkan pada babak kedua oleh Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe di Old Trafford.

United juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Paul Pogba menerima dua kad kuning sekali gus menyebabkan penyerang Perancis itu terlepas dalam aksi timbal balik di Paris, Mac ini.

Kekalahan tersebut pastinya sukar diterima Solskjaer selepas dia meniup semangat dalam kalangan pemain dan penyokong United sejak menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Disember lalu.

“Hari ini merupakan realiti untuk kami apabila bertemu pasukan terkemuka. Mereka mempunyai momentum selepas gol pertama malah menguasai permainan. Anda boleh nampak kami tidak bermain di tahap sebenar dan kami perlu mempelajarinya.

“Pengalaman yang berguna, kami perlu belajar kekalahan ini sebagai satu pasukan,” kata Solskjaer.

Penyingkiran Pogba daripada perlawanan tersebut pastinya mengejutkan kerana dia menunjukkan peningkatan mendadak sejak United diambil alih Solskjaer.

Bagaimanapun, Solskjaer mendakwa Pogba tidak sepatutnya menerima layangan kad kuning kedua ketika dia mengasak Dani Alves.

“Paul cuba berada di depan namun Dani Alves bijak untuk meletakkan kakinya di situ. Paul mahu melindungi bola namun nasib tidak menyebelahinya,” kata Solskjaer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN