Perbicaraan kes kokain udara bermula - Utusan Malaysia

Perbicaraan kes kokain udara bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Feb. – Dua bekas juruterbang angkatan udara Perancis menghadapi perbicaraan hari ini setelah membawa dadah seberat 680 kilogram (kg) menggunakan jet peribadi dari Republik Dominican pada enam tahun lalu.

Kes yang dikenali sebagai ‘kokain udara’ itu melibatkan juruterbang, Pascal Fauret dan pembantu juruterbang, Bruno Odos bersama tujuh lagi defendan.

Polis Dominican menemukan peket narkotik dalam 26 beg dalam jet Falcon 50 yang bersedia untuk bertolak dari Dominican Beach Resort, Punta Cana ke Saint-Tropez di selatan Perancis pada Mac 2013. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN